Friday, December 30, 2011

kualiti dan kuantiti

Antara kualiti dan kuantiti, mana yang lebih penting.  


Gambar di bawah menunjukkan sebahagian kerja-kerja seharianku di bengkel sejukbeku. Mesin itu ialah mesin pemotong sayur yang diperolehi secara pinjaman dari pihak KEDA. (lihat gambar lebih jelas bentuk mesin pemotong sayur di --> sini). Mesin yang sering kugunakan untuk mempercepatkan proses mendadu kentang, keledek, pisang dan bawang. 

Kerja menjadi lebih pantas. Kebiasannya kerja-kerja memotong mengambil masa hampir sejam dan dengan mesin ini hanya perlukan masa kira-kira 10 minit sahaja. dan hasil pengeluaran akan menjadi lebih banyak.

Biarpun hasilnya menjadi lebih banyak tetapi hasilnya kurang berkualiti. Hasil potongan menggunakan mesin pemotong itu kelihatan tidak begitu menarik berbanding jika dipotong dadu dengan pisau. 

Hasil inti kuih menjadi lembik dan ada yang menjadi berair.
keledek menjadi hancur dan bawang berair 
sehinggakan menyukarkan kerja-kerja lainnya.  

atau...
saya yang sebenarnya begitu cerewet 
dan sekarang saya kembali menggunakan pisau untuk semua kerja-kerja itu.
keledek didadu cantik 
dan
tidak perlu menangis lagi ketika mendadu bawang
biarpun kerja menjadi lambat, tetapi ada rasa kepuasan pula bila melihat hasil kerja yang kemas dan cantik.

bawang yang di dadu dengan mesin menjadi hancur berair.
dan mata saya pun turut samaberair 


yang sebenarnya...
mesin pemotong sayur itu rosak...terpaksalah gunakan pisau semula.
jari tangan dah melecet ni
ermm...


*nota:
sedang memikirkan cara untuk elakkan doh tepung gandum tidak mengeras ketika cuaca panas (tengahari). sehingga sekarang kerja-kerja pembuatan sebahagian kuih perlu dilakukan pada waktu malam. 

Wednesday, December 14, 2011

peluang dan persaingan

Projek perumahan taman yang jaraknya cuma 10 meter dari rumahku ini berjalan dengan agak perlahan. Masih belum siap walaupun sudah setahun kerja kerjanya bermula. sedang semak samun dah bertumbuh tinggi. dengan pekerjanya dari kalangan pekerja asing dari negara jiran. 

Entah bila mahu siapnya. Nampaknya bakal bertambah bilangan penduduk kampungku ini. 

****************
'dah lama mereka bekerja, lambatnya nak siap'
'hmm...'
'Emak...best kan nanti penduduk kampung akan bertambah. kalau dah ramai orang kat laluan kampung kita ni mesti ramai yang nak berniaga kat sini. gerai nasi lemak kita kena buka semula, ya?'

...dan emak tersengih cuma. heh he...dah ke mana fikiran aku ni. betul lah apa yang aku fikirkan itu, kan?

apa lagi? peluang bisnes lah...

aku tahu, emak dah tak larat nak buat semua tu...pening memikirkan bagaimana mahu memajukannya. 

gerai nasi lemak....bengkel sejuk beku....kedai runcit Abah.

dan persaingan. oh...jiran sebelah rumah dah mula bertukang, nak buka kedai runcit berhampiran dengan kawasan perumahan tu

persaingan bukannya satu masalah tetapi satu cabaran yang akan menaikkan semangat untuk terus berusaha.

Hmm...






*************************************************


Doa agar mendapat peluang perniagaan dan rezeki yang banyak.

اللَهُمَّ اجْعَلْنِي مِنْ أَعْظَمِ عِبَادِكَ نَصِيباً فِي كُلِّ خَيْرٍتَقْسِمُهُ فِي الغَدَاةِ مِنْ نُورٍتَهْدِي بِهِ، وَرَحْمَةٍ تَنْشُرُهَا، وَرِزْقٍ تَبْسُطُهُ،
 وَضُرٍّ تَكْشِفُهُ،  وَبَلاءٍتَرْفَـعُهُ، وَفِتْـنـَةٍ تَصْرِفُهَا، وَسُوءٍ تَدْفَـعُـهُ


Ya ALLAH, jadikanlah aku antara kalangan hambaMu yang mendapat bahagian (pencapaian) yang hebat pada nur yang Engkau kurniakan sebagai hidayah, dan rahmat yang Engkau kurniakan sebagai hidayah, dan rezeki yang Engkau sebarkan, dan mudarat yang Engkau selamatkan (daripada menimpa hamba-hambaMU), dan bala yang Engkau angkatkan (daripada menimpa hamba-hambaMU), dan fitnah yang Engkau jauhkan (daripada menimpa hamba-hambaMu), dan keburukan yang Engkau hindarkan (daripada menimpa hamba-hambaMU)

Saturday, December 3, 2011

Cucur Jawa

Namanya cucur jawa, tapi tak pasti pula sama ada ia berasal dari tanah jawa, negara jiran kita tu... Ada yang panggilnya sebagai cucuq tuang. apapun namanya, inilah antara kuih yang saya gemari. boleh je kunyah 2 biji untuk sarapan pagi, 2 biji di tengahari dan dua lagi pada minum petang. camnalah saya tak temban, kan? heh...tak boleh makan terlalu banyak, kan kuih ni...kerana ia mencampurkan dua jenis bijirin, beras dan gandum.

comel, kan? yang sebiji di sebelah kanan tu tak menjadi.
mungkin disebabkan tersalah adunan @ api tak cukup panas


resepi -
3 cawan tepung gandum (cap sauh)
2 cawan tepung beras
2 cawan gula pasir
2 cawan air (lebih kurang)

--> campurkan tepung gandum dan tepung beras serta gula. tuangkan air perlahan-lahan sambil mengadun. sukatan air adalah mengikut kepekatan yang sesuai. Sesetengah orang perap adunan tu semalaman. tapi goreng terus pun boleh menjadi macam gambar kat atas. sendukkan sedikit adunan tu dan masukkan dalam cawan dan tuang ke dalam minyak panas.

tips: suhu api perlu dipantau, tak boleh terlalu panas. guna kuali kecil jenis gelap dan tebal. guna minyak yang sedikit dan goreng sebiji demi sebiji.

Selamat mencuba



Sunday, September 4, 2011

kerepek gunting

Kerepek gunting @ pagoda - menu wajib menjelang raya. Satu-satunya kerepek yang boleh buat saya tak berhenti mengunyah. Bahan-bahan rempahnya akan dikisar dengan pati santan dan diuli dengan tepung.

bahan-bahan rempah - sukatan ikut suka hati

  • cili kering
  • jintan manis
  • jintan putih
  • lada hitam
  • udang kering
  • bilis
  • serai
  • kunyit
  • gula, garam
Campurkan bahan-bahan kisar dan tepung gandum dan uli. Saya ulinya dengan mixer sebab banyak. rehatkan doh selama setengah jam. saya guna mesin mee AMPIA lah buat kerepek ni.




Wednesday, August 31, 2011

PadaMu aku bersujud - Afgan





Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa
Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

 

Thursday, August 25, 2011

resepi baru

Sambal Goreng Jawa - kali pertama mencubanya. Resepi norazrinna punya kuali ajaib ni memang sedap lah.
tapi yang tak kenanya, suhun jadi hancur la..dah tak nampak rupa suhunnya pulak..



Monday, August 15, 2011

Tepung Bungkus Emak

Ini kuih yang laris di bulan Ramadhan. Rumit jugak nak buatnya. Tepung bungkus. dijual secara frozen pada harga 40sen setiap satunya...teringat zaman kanak-kanakku, emak akan buatnya dan suruh saya hantarkan ke kedai makan. Pada ketika itu, harganya cuma 20sen setiap satu. Emak akan suruh saya hantarkannya ke kantin di sekolah tempat saya belajar. Sekolah Kebangsaan Seri Ampang Muda, Sik. 
Lucu...dengan beg sekolah di bahu kanan dan raga kuih empat segi yang sekejap di tangan kiri dan sekejap di tangan kanan. Sehingga berbekas dua jalur merah di tapak tangan. Berebut menaiki bas dengan menjunjung raga kuih di atas kepala ketika pulang dari sekolah. Tiada rasa malu...dan cekal hidup sebegitu. Dan...yang sukar untuk dilupa saat aku terasa ingin menangis pabila si taukey kantin mula berkata "esok dah tak boleh hantar kuih kat sini lagi". sungguh..waktu itu, aku tak tahu sebabnya. 






Teringat aku pada sekitar tahun 1993-2003, emak dan abah berniaga di kantin sekolah. ketika aku di tingkatan 3 (1993), masa rehatku di situlah, bantu apa yg patut. penat..tapi rasa seronok pula main air masa cuci pinggan.
tapi sayangnya, tak banyak yg kupelajari. aku cuma sempat menolong hanya selama 3 tahun. ketika belajar di UUM, cuma pada masa cuti semester sajalah yang aku boleh menolong di situ.

ketika itulah, baru aku sedar dan faham kenapa si taukey kantin ketika aku bersekolah rendah dahulu tu tak benarkan hantar kuih itu lagi.

hmm..husnudzon je lah...

Thursday, August 11, 2011

aiskrim untuk penghuni rumah...

Aiskrim yang kubuat sebelum ini telah dihabiskan oleh anak2 kakak ku. hinggakan emak berleter. okpa tak taroh sama..
erm...buat sekali lagi bagi memenuhi permintaan mereka..penghuni rumah ini.
dan masih mengekalkan resepi derhaka tu, cuma kali ini kucampurkan susu cair bersama dengan susu rendah lemak. jadi, inilah dia...

belum beku lagi ni...


perisa ESP...tentunya saya yang punya


Smylo untuk emak...



kopi RADIX...untuk 3 orang adik



harapnya semua penghuni rumah berpuas hati, ok...(huh! ikhlas ke aku buat semua ni?)

jom...buat duit dengn aiskrim

Tuesday, August 9, 2011

aiskrim

Aiskrim buatan sendiri cubaan pertama. resepi asalnya dari sini --> norazrinna & kiosk
Oleh sebab saya dah derhakakan resepi asalnya, maka kurang menjadi lah ia. sukar mencari ovalette yang punya logo halal di sini...pulak tu saya dah tukarkan susu cair kepada susu rendah lemak. kurang berkrimlah rasanya. dan saya paksa anak2 saudara saya makannya. oh! mereka dah angkat ibujari. maklang..sedap! 


ini rupanya. tabur serbuk ESP dan gula manik warna warni. 



cara nak buatnya...
putar putih telur dan gula - hingga kembang

masukkan susu dan putar lagi

+ satu setengah sudu ESP - gaul sebati

masukkan ke bekas

bekukan

dah boleh makannya.....




Sunday, August 7, 2011

nuiza ent





Thursday, August 4, 2011

karipap lagi....

Kebiasaannya karipap dibuat pada malam hari. Tetapi seperti tahun-tahun lepas di bulan puasa, kerja-kerja harus dilakukan pada siang hari. Pada 3 Ramadhan, baru mula beroperasi semula selepas cuti 2 hari. Maka, bermulalah kerja-kerja sekitar jam 7pagi hingga 6petang.. 


penat...sudah tentunya. Nasib baik ada adik yang belajar kat UPSI tu sedang bercuti semester. Rajin pulak dia menolong tanpa perlu diarah itu ini.

masalah!
suhu tinggi di siang hari menyebabkan timbul beberapa masalah kecil. cuaca yang panas membuatkan kuih menjadi kering. tak cantiklah jadinya. selepas di masak pun jadi kurang menarik. setiap kalinya,mesti ada yang rosak. Kelmarin dah rosak sekitar 5% bernilai rm6. Nampak sedikit, kan. tapi seandainya setiap hari jadi begitu, nilainya adalah rm180 sebulan. Nilai itu dah boleh digunakan untuk membayar bil tenaga elektrik untuk sebulan. Kuih rosak memang tak dapat dielakkan. cuma perlu berusaha untuk mengurangkannya.

Tuesday, August 2, 2011

kelmarin. semalam. malam tadi. dua hari lepas

"...kat kelas Hj Azmi semalam'. 'semalam ada kelas?'...terkenang perbualan dengan seorang rakan ketika di UUM. disebabkan di situlah pertama kalinya aku dapat kenal dengan rakan2 dari negeri lain, perbezaan dialek sememangnya mengelirukan. pening kepala sendiri dan agaknya kawan2 pun pening dengan aku juga.


Perbezaan dialek adakalanya ada persamaan penggunaan perkataan tetapi membawa maksud yang berlainan. seperti perkataan . Semalam mengikut orang daerahku biasanya membawa makna hari semalam (malam tadi) iaitu sehari sebelum hari ini yang bermula pada jam 8malam hingga 12tengahmalam. dan kelmarin pula adalah bermula pada jam 7pagi hingga 8malam pada hari sebelum hari ini. sama juga dengan rakan2 yang berasal dari Kelantan. Manakala rakan2 yang berasal dari selatan semenanjung semalam merujuk kepada hari sebelum hari ini. dan kelmarin pula adalah hari sebelum semalam (dua hari lepas). Kelmarin  pula merujuk kepada kelmarin dulu bagi kami.
Pada mulanya, memang agak memeningkan. lebih-lebih lagi aku tidak punya ramai kawan-kawan rapat yang sedaerah. lama kelamaan, aku mula memahami penggunaan istilah-istilah tertentu yang merujuk kepada maksud yang berlainan. 
dan sehingga sekarang aku turut sama guna perkataan 'semalam' bila merujuk kepada maksud 'kelmarin' (hari sebelum hari ini). 


nak kenal dengan longhat daerah Baling? ini dia...

B.U.A.H

Musim buah hampir habis. manggis dan dokong dah habis. Yang masih ada rambutan gading yang berwarna kuning. Juga rambutan biji yang rasanya masam dan menjadi rezeki si tupai.

2 minggu sebelum puasa...

rambutan - nak buat jem dan jeruk

Proses buat jem

jeruk rambutan

durian dan rambutan yang disejukbeku - untuk adik2 dan abang diperantauan (raya nanti baru mereka pulang)

ini terung cewing...

aku suka masak sebegini..entah apa namanya



Saturday, July 23, 2011

mak lang! nak pinjam buku...

semasa aku sedang menghadap komputer riba, Wahieda menghulurkan sekeping nota;



'maklang, nak pinjam buku kisah 2x Nabi dalam Al-Quran'
yang mana satu? 
ini...



Diq Da umur berapa?. jarinya mengisyaratkan angka 8. hmm...Umie Wahiedatul Husna binti Badrol. anak kakak yang baru di tahun 2. dah ada tanda-tanda nak jadi ulat buku. buku yang mahu dipinjamnya itu adalah buku berkulit keras yang setebal 1035 mukasurat kepunyaan adik lelakiku.


'mak lang belum habis bacanya lagi. nanti diq da mintak kat pakcik Muhyi, ya?'
erm..dia dah mengeluh. aku tahu, wahieda sememangnya agak takut dengan pakciknya - ada kes yang buat dia fobia...


Diq Da minat buku ni, ya? dia angguk. nanti maklang cari buku lain yang hampir serupa dengan buku ni. tapi yang nipis sikit. InsyaAllah...
ya...InsyaAllah ini bagaikan satu janji. hmm...aku nak cari kat mana nantinya?


cari je lah kat mana-mana - Telaga Biru @ PTS @ Galeri Ilmu atau kat mana -mana lagi.
tapi semestinya buku tentang kisah Nabi-Nabi, buku yang berkulit keras. Isi kandungannya mesti ada ayat-ayat alQuran beserta terjemahannya.


seperti ini;




wahieda

me & Wahieda





Friday, July 22, 2011

YA FATTAH...

Kuterima Tuhanku, apapun yang datang dari Engkau
kerana apa pun yang datang dari-MU kepadaku adalah kebaikan
entah itu jubah kemuliaan atau kafan
entah itu duri tajam atau mawar segar nan wangi
jika itu datang dari berkahMU
maka hanya kebaikanlah yang datang padaku





Wednesday, July 6, 2011

oh pizzaku..

masak-masak untuk buka puasa kelmarin. dan saya terbayangkan pizza.tapi cuma ada isi ayam dan tomato.hmm...kira okeylah tu. tapi sedikit hangus. mungkin sebab oven tu. ASPEN. memang kerap kali menjadi hangus disebabkan tersilap setting suhunya.




hangus....
sebelum dan selepas dibakar
dapatlah buat 2 keping dengan 300gm tepung. kat rumah cuma ada tepung gandum. guna yang itu pun okeylah. mana ada masa nak gi cari tepung roti. 
tercari-cari resepi dohnya. jelajah blog mat gebu lagilah. kat situ kan macam2 ada.
300gm tepung gandum
6gm yis kering
20gm mentega
10gm gula
1/4 sudu teh garam
170ml air
campurkan kesemua tu dan ulinya. perap 45minit




intinya: tumiskan bawang besar (dadu), masukkan isi ayam dan tomato yang dikupas kulit. masukkan sedikit air. masak sampai isi ayam empuk. gula dan garam secukup rasa.
doh dibahagi 2. canai dan letakkan dalam dulang pembakar. sapu sosnya (saya guna sos cili radix). ratakan intinya. nak sedap taburkan keju. pizza saya tak ada keju. daerah saya sukar nak mencari keju. bakar 30minit 150 darjah celcius.

Monday, July 4, 2011

no MSG

Produk Nuiza ent tiada MSG, ya..


MSG tak selamat dimakan. betul, kan? ikuti rencana Dr Zubaidi Hj Ahmad di --> SINI 

**************************************************************************************************







Thursday, June 30, 2011

karipap lapis a.k.a karipap pusing

karipap pusing atau karipap lapis juga disebut sebagai shell currypuff. tidak sukar membuatnya tetapi mengambil masa yang agak lama.cubaan kali kedua masih kurang cantik lagi. Kali ini menjadi terlalu besar. sama besar seperti yang dijual pada harga rm1.










ini rupa karipap pusing pada cubaan pertama














resepi untuk dohnya diambil dari tiffinbiru com.
Resepi untuk dohnya. 
pastri A
390gm tepung gandum
75gm marjerin
30gm gula halus
1/2 sudu garam halus
210ml air
pastri B
270gm tepung gandum
120 shortening


satukan bahan A, gaul rata dan campurkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh.
Bahan B - uli tanpa perlu campurkan air
rehatkan kedua-dua doh ini selama setengah jam

Saturday, June 25, 2011

Donut

DONUT. 
Yang paling kugemari ialah donut tanpa gula. lebih-lebih lagi dimakan panas-panas. Bahan untuk donut - telur, gula halus, yis, mentega dan sedikit garam. Campurkan kesemua bahan dengan tepung ke dalam dalam mixer dan putar selama 15 minit lebih kurang. sambil-sambil tu boleh buat kerja-kerja lain. mengemas dan cuci bekas-bekas kotor.keluarkan doh dari mixer ke dalam bekas besar, tutup bekas tu dan tunggu doh tu kembang. bila dah kembang, terap dengan acuan donut. donut berbentuk simpul lebih cantik, tapi tak pernah buatnya pun.
tunggu 5 minit untuk donut tu kembang semula dan goreng separuh masak dengan api sederhana panas. sejukkan, packing dan letakkan dalam peti sejuk beku.
10 biji = rm3




Wednesday, June 15, 2011

Sup cendawan + ayam kampung



sedap... sup ayam kampung yang dicampurkan dengan cendawan. nak resepi asli buatan sendiri sup ayam kampung? sila lihat SINI  itupun kalau rajinlah. atau guna sahaja sup bunjut yang dijual kat kedai.





rendam cendawan hitam dan cendawan butang kering sampai kembang..dan lain-lain bahan yang tak tahu apa namanya--> segala macam herba cina; masak supnya dahulu, kemudian tambahkan bahan-bahan cendawan dan herba tu.





Thursday, June 9, 2011

green bean....mung bean kuih kacang & onde-onde

kacang hijau.....



banyak khasiatnya...

untuk kesihatan kulit yang halus dan awet muda -  kacang hijau mengandungi energi, protien, karbohidrat, vitamin A, thiamin, vitamin C, kalsium, zat besi dan posfor. dipercayai boleh mencegah anemia dan osteoporosis. >SINI 

juga baik untuk rambut -  untuk merawat kebotakan, ambil air kacang hijau yang direndam semalaman, sapu di kepala sambil dipicit perlahan lahan. amalkan selalu sehingga rambut baru kelihatan tumbuh.

Tuesday, May 31, 2011

samosa

KEBIASAANNYA, inti samosa gunakan daging atau isi ayam. kat SINI ada contoh resepinya. Saya gunakan ikan kayu tongkol.

YANG PALING RUMIT tentunya...dari proses menyiang ikan dan buang uratnya (guna playar ye nak cabut urat tu), merebus dan mengasingkan isi dari tulangnya hinggalah kepada memasak intinya yang mengambil masa berjam-jam sehingga menjadi serunding. isi ikannya perlu dihancurkan dengan lesung batu. kalau di blend, takkan cantik jadinya. ambil masa dua hari untuk siap sepenuhnya.






kelainannya....saya punya samosa ada rupa karipap. biasanya orang lain guna kulit popiah, saya guna doh tepung gandum. lebih praktikal. sebab saya tak reti tak pernah belajar gunakan kulit popiah yang dilipat segi tiga.

resepinya mak saya punya. tempat kedua dalam carta produk paling laris selepas karipap. sedap?....tentunya. haha..masuk bakul, angkat sendiri. mestilah sedapnya, kalau tak, tak akan lah adik bongsuku boleh habiskan 5 biji.

ayat skema adik aku...
Hafidz: kakcik...goreng samosa.
kakcik: nak berapa?
Hafidz: lima..(sambil tangannya mengisyaratkan angka 5)
kakcik: okey..(dalam hati...huh adik aku ni, kuatnya melantak. tapi body macam cicak kubing ja pun)..tapi tak pe, adik yang sorang ni rajin. suruh buat apapun, ikut jer.


adik bongsu - Mohd Hafidz




SENYUM....
gambar saya cuma sekeping ni je masa majlis kawin adikku (29 MEI)



Saturday, May 28, 2011

nuiza ent...

Peti sejukbeku sederhana besar dijadikan tempat simpanan sementara. macam-macam ada






zoom in......


...ini dipanggil ais krim. 
jangan bazirkan teh dan kopi...harga gula kan dah naik.
kegemaran anak2 saudaraku.


Friday, May 27, 2011

bersyukurlah dengan keterbatasanku.....

rumput jiran memang sering kelihatan lebih hijau 
daripada rumput di perkarangan sendiri
hidup akan lebih bahagia kalau kita dapat menikmati
apa yang kita miliki
kerana itu bersyukur merupakan kualiti hati yang tertinggi


bersyukurlah!
bersyukurlah bahawa kamu belum memiliki segala sesuatu
yang kamu inginkan
seandainya sudah, apalagi yang harus diinginkan?


bersyukurlah!
bersyukurlah apabila kamu tidak tahu sesuatu
kerana itu memberimu kesempatan untuk belajar


bersyukurlah! 
bersyukurlah untuk masa masa susah
kerana pada masa itulah kamu tumbuh


bersyukurlah!
bersyukurlah kerana keterbatasanmu
kerana itu memberimu kesempatan untuk berkembang
bersyukur untuk setiap halangan yang baru
kerana itu akan membangun kekuatan dan karaktermu
bersyukurlah untuk kesalahan yang kamu buat
itu akan mengajarkan pelajaran yang berharga
bersyukurlah apabila kamu lelah dan letih
kerana itu kamu telah membuat suatu perbezaan
mungkin mudah  untuk kita bersyukur akan hal-hal baik
hidup yang berkelimpahan datang pada mereka
yang juga bersyukur akan masa surut
rasa syukur dapat mengubah hal yang negatif menjadi positif
temukan cara bersyukur akan masalah-masalahmu
dan semua itu akan menjadi berkah bagimu



Wednesday, May 25, 2011

hambamu












Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah

Tuesday, May 24, 2011

ROTI CANAI







bahan2 untuk roti canai - tepung, minyak sapi, gula, susu pekat manis.


uli - guna mixer. nak uli tangan pun boleh.


keluarkan dan perap 4 jam bulatkan - timbang sama berat.


biarkan seketika - canai










masak, packing dan sejukbekukannya....




mudah je kan....makan dengan kari dhal