Monday, November 5, 2012

Peria Goreng Udang

Peria. Pahit? rasa pahitnya cuma sekejap sahaja yang akan hilang sejurus selepas menelannya.

Sayur paling pahit yang juga digelar peria katak dan berasal dari China ini kaya dengan nilai perubatan
untuk penyakit diabetes, mengurangkan kesakitan semasa haid bagi wanita. Juga dipercayai boleh
membunuh sel kanser payudara supaya tidak merebak serta turut digunakan dalam pembuatan ubat perancang keluarga.




Resepi peria goreng udang
  • 1 biji peria - dibelah memanjang dan dibuang bijinya. rendam dengan air garam untuk mengurangkan rasa pahitnya selama setengah jam dan toskan
  • 2 ulas bawang putih, 1biji bawang merah, 1 inci halia dan 1 biji cili merah - ditumbuk halus
  • 1labu bawang besar dihiris nipis
  • 10 ekor udang 
  • 1 biji tomato merah
  • 2 sudu besar minyak untuk menumis
Panaskan minyak tumis bawang dan masukkan udang dan peria. masukkan air dan masak hingga peria lembut dan udang masak. masukkan garam dan perasakan. 




Saturday, November 3, 2012

Kerabu Santan Mempelam


Kerabu.. lauk paling ringkas serta tidak perlu dimasak. Mudah sahaja mahu sediakan kerabu mempelam ni.
Racik sebiji mempelam, potong 2 biji bawang merah dan 3 biji cili padi dan gaulkannya bersama sedikit garam dan pati santan. Siap untuk dimakan bersama nasi putih. Senang, bukan? Disebabkan kerabu tidak dimasak, maka ia mudah basi. Letak dalam peti sejuk jika tidak habis untuk dimakan selepasnya pula.


Wednesday, October 24, 2012

Rendang Ayam




Bahan-bahan

1 ekor ayam
2 sudu kerisik
1 liter santan pekat
sedikit serbuk kunyit

bahan kisar
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
10 biji cili hijau
3 batang serai
2 inci lengkuas
cili kering - saya gunakan cili boh istimewa ini -  buatan sendiri

Tumis bahan2 dikisar hingga naik bau, masukkan ayam dan kerisik. masak dengan api sederhana sehingga ayamnya lembut dan kuah menjadi pekat.

sedia untuk dihidangkan. sesuai untuk dijamu bersama ketupat atau lemang.

Selamat Hari Raya Aidiladha...



Tuesday, September 25, 2012

Kuih Pulut Kuning



Kuih pulut kuning.. hidangan yang dibuat untuk majlis doa selamat.


Friday, March 23, 2012

Rassam

Semasa membelek sebuah majalah lama (MIDI), tertarik dengan satu resepi dari kolum personaliti diet. Menu untuk diet. terasa mahu mencubanya.

Ini menunya...Rassam

ikut selera sendiri sama ada mahu makannya bersama dengan nasi putih atau tapis dan minum airnya sahaja. 


mudah sahaja resepinya...

bahan-bahannya sila klik sini

Tumis bahan-bahan rempah, daun kari, bawang putih diketuk bersama kulitnya dan cili kering, masukkan jus asam jawa. biar mendidih dan masukkan tomato, dan bawang besar dibelah empat. renehkan seketika.
tidak perlu masukkan garam.

Amaran
jika makanan masam boleh meransang rasa lapar, menu ini tidak sesuai untuk anda
 . 




Monday, February 13, 2012

Saya Orang Kampung

Satu hal yang best menjadi anak kampung ialah tak perlu risau apa yang perlu dimasak pada hari ini
Jelajah ke belakang rumah yang dah penuh dengan semak tu dan cari apa yang difikirkan boleh dimakan oleh manusia.


Putat dah lebat pucuknya. segar dari belukar. Putat hijau namanya. kalau putat merah, rasanya sedikit kelat 




Lengkuas dah tersusun meninggi dan bercambah. Tarik dan cabut batang pokok tu, terkeluarlah isi lengkuas tu.





rimbun serai sampai bersemak - hidup bersama renek pokok herba yang entah apa nama...


 .

cari kelapa untuk dibuat kerisik. guna galah nak kaitnya...siap


kumpulkan semua benda ni...nak buat KERABU PUTAT

masak sardin (brand Agromas agak bagus, 1Malaysia Best punya)
cili padi + belacan + bawang merah + serai + lengkuas - tumbuk semua ni
masuk sardin + kerisik + garam dan sedikit gula - tumbuk sampai halus sebati
campurkan jus asam jawa - perasakan
hiris halus daun putat tu dan campurkan dengan bahan sambal tu - gaul dan perasakan
siap dah



makan daun mentah..macam kambing?
haish! ini menu sihat tau...
tak semua ahli keluarga suka lauk ni
ok...ada lauk lain jadi pelengkapnya
ikan keli goreng
sawi goreng
sambal tumis kentang

Siap hidangan untuk isi rumah


Tuesday, January 31, 2012

Timbangkanlah dan Mantapkanlah

<Timbangkanlah dan mantapkanlah>

'Syu'ib berkata, hai kaumku, cukupkanlah takaran dan timbangan dengan adil. Janganlah kamu merugikan manusia akan hak-hak mereka dan janganlah kamu melakukan kejahatn di muka bumi ini dengan membuat kerosakan' - Surah Hud ayat 85

'Sempurnakanlah takaran apabila kamu menakar dan timbanglah dengan neraca yang benar. Itulah yang lebih utama bagimu dan lebih baik akibatnya' - surah al Israk ayat 35


-opppsss...kenapa barang timbangan tu bercampur pula..kan harga masing-masingnya tidak sama.

+penimbang ni ada fungsi <0> TARE

Friday, January 27, 2012

Ketrampilan dan Penampilan

Good Look - Good Things, Good Things - Good Price, Good Price - Good Business


Ketrampilan dan penampilan - pembungkusan dan perlabelan yang menarik bukan sahaja akan menarik perhatian dan meransang pelanggan untuk membeli, malah pastinya akan membantu mempertahan kesetiaan pelanggan terhadap produk dan juga jenama.


tapi....


Don't judge a book by its cover - kata ini perlu juga diambil kira..kualiti rasa produk turut penting, ada rupa tak ada rasa tidak bagus juga.




Yang ini salah satu dari produk sendiri. Guna label fotokopi sahaja. nak mengkayakan kedai fotostat je. Kelihatan kurang menarik dan ketinggalan zaman. ye..sekarang Bukan lagi zaman balut plastik 




Belotok ni yang dijual di minimarket pekan berhampiran. dengan label berpelekat yang agak menarik. Biasanya label sebegini dibuat dengan kerjasama MOA, lengkap dengan maklumat pemakanan, logo halal dan logo buatan  Malaysia.



Produk keluaran Nani's yang sememangnya menarik dengan cetakan pada bungkusan. dan rasanya jugak memang sedap. Yang sebeginilah sesuai untuk di eksport.



 nota nusrah;
-things to do list semakin bertambah panjang.....


Banner yang diperolehi dari KEDA. 
Lama benar ia tergantung di tepi pintu masuk kedai. 
Setia di situ semenjak tahun 2010 
lagi. Bila agaknya banner ni boleh diturunkan...



















Wednesday, January 4, 2012

syukur


Aku yang mempunyai kemahuan

sesuatu yang tiada itu
kelihatannya lebih memuaskan
dari yang ada

yang sentiasa tiada itu kudambakan
lebih dari yang ada

mentafsirkan kemahuan sebagai keperluan
sekadar mahukan kepuasan

syukur...
di mana nilai itu kulontarkan?

sumber gambar google