Friday, March 6, 2015

Apam Bakar Gula Hangus


Apam Bakar Gula Hangus..   




Goreng 100 gm gula untuk dijadikan gula hangus dengan menggunakan kuali nonstick.
Kisar halus 50 gm badam.

Satukan semua bahan-bahan di bawah dalam satu bekas dan kacau sebati:
1 cawan tepung gandum diayak bersama 1 sudu besar soda bikarbornat. 
1/2 cawan susu pekat manis 
1 cawan minyak jagung @ minyak bunga matahari
5 biji telur
secubit garam

Kisar adunan tersebut bersama gula hangus. Campurkan badam kisar dan masukkan adunan  tersebut ke dalam stewpot berpenutup (Tefal)

Bakar selama setengah jam dengan api kecil.

#penggunaan susu pekat manis adalah untuk menggebukan apam



Monday, November 5, 2012

Peria Goreng Udang

Peria. Pahit? rasa pahitnya cuma sekejap sahaja yang akan hilang sejurus selepas menelannya.

Sayur paling pahit yang juga digelar peria katak dan berasal dari China ini kaya dengan nilai perubatan
untuk penyakit diabetes, mengurangkan kesakitan semasa haid bagi wanita. Juga dipercayai boleh
membunuh sel kanser payudara supaya tidak merebak serta turut digunakan dalam pembuatan ubat perancang keluarga.




Resepi peria goreng udang
  • 1 biji peria - dibelah memanjang dan dibuang bijinya. rendam dengan air garam untuk mengurangkan rasa pahitnya selama setengah jam dan toskan
  • 2 ulas bawang putih, 1biji bawang merah, 1 inci halia dan 1 biji cili merah - ditumbuk halus
  • 1labu bawang besar dihiris nipis
  • 10 ekor udang 
  • 1 biji tomato merah
  • 2 sudu besar minyak untuk menumis
Panaskan minyak tumis bawang dan masukkan udang dan peria. masukkan air dan masak hingga peria lembut dan udang masak. masukkan garam dan perasakan. 




Saturday, November 3, 2012

Kerabu Santan Mempelam


Kerabu.. lauk paling ringkas serta tidak perlu dimasak. Mudah sahaja mahu sediakan kerabu mempelam ni.
Racik sebiji mempelam, potong 2 biji bawang merah dan 3 biji cili padi dan gaulkannya bersama sedikit garam dan pati santan. Siap untuk dimakan bersama nasi putih. Senang, bukan? Disebabkan kerabu tidak dimasak, maka ia mudah basi. Letak dalam peti sejuk jika tidak habis untuk dimakan selepasnya pula.


Wednesday, October 24, 2012

Rendang Ayam




Bahan-bahan

1 ekor ayam
2 sudu kerisik
1 liter santan pekat
sedikit serbuk kunyit

bahan kisar
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
10 biji cili hijau
3 batang serai
2 inci lengkuas
cili kering - saya gunakan cili boh istimewa ini -  buatan sendiri

Tumis bahan2 dikisar hingga naik bau, masukkan ayam dan kerisik. masak dengan api sederhana sehingga ayamnya lembut dan kuah menjadi pekat.

sedia untuk dihidangkan. sesuai untuk dijamu bersama ketupat atau lemang.

Selamat Hari Raya Aidiladha...



Tuesday, September 25, 2012

Kuih Pulut Kuning



Kuih pulut kuning.. hidangan yang dibuat untuk majlis doa selamat.