Tuesday, May 31, 2011

samosa

KEBIASAANNYA, inti samosa gunakan daging atau isi ayam. kat SINI ada contoh resepinya. Saya gunakan ikan kayu tongkol.

YANG PALING RUMIT tentunya...dari proses menyiang ikan dan buang uratnya (guna playar ye nak cabut urat tu), merebus dan mengasingkan isi dari tulangnya hinggalah kepada memasak intinya yang mengambil masa berjam-jam sehingga menjadi serunding. isi ikannya perlu dihancurkan dengan lesung batu. kalau di blend, takkan cantik jadinya. ambil masa dua hari untuk siap sepenuhnya.






kelainannya....saya punya samosa ada rupa karipap. biasanya orang lain guna kulit popiah, saya guna doh tepung gandum. lebih praktikal. sebab saya tak reti tak pernah belajar gunakan kulit popiah yang dilipat segi tiga.

resepinya mak saya punya. tempat kedua dalam carta produk paling laris selepas karipap. sedap?....tentunya. haha..masuk bakul, angkat sendiri. mestilah sedapnya, kalau tak, tak akan lah adik bongsuku boleh habiskan 5 biji.

ayat skema adik aku...
Hafidz: kakcik...goreng samosa.
kakcik: nak berapa?
Hafidz: lima..(sambil tangannya mengisyaratkan angka 5)
kakcik: okey..(dalam hati...huh adik aku ni, kuatnya melantak. tapi body macam cicak kubing ja pun)..tapi tak pe, adik yang sorang ni rajin. suruh buat apapun, ikut jer.


adik bongsu - Mohd Hafidz




SENYUM....
gambar saya cuma sekeping ni je masa majlis kawin adikku (29 MEI)



Saturday, May 28, 2011

nuiza ent...

Peti sejukbeku sederhana besar dijadikan tempat simpanan sementara. macam-macam ada






zoom in......


...ini dipanggil ais krim. 
jangan bazirkan teh dan kopi...harga gula kan dah naik.
kegemaran anak2 saudaraku.


Friday, May 27, 2011

bersyukurlah dengan keterbatasanku.....

rumput jiran memang sering kelihatan lebih hijau 
daripada rumput di perkarangan sendiri
hidup akan lebih bahagia kalau kita dapat menikmati
apa yang kita miliki
kerana itu bersyukur merupakan kualiti hati yang tertinggi


bersyukurlah!
bersyukurlah bahawa kamu belum memiliki segala sesuatu
yang kamu inginkan
seandainya sudah, apalagi yang harus diinginkan?


bersyukurlah!
bersyukurlah apabila kamu tidak tahu sesuatu
kerana itu memberimu kesempatan untuk belajar


bersyukurlah! 
bersyukurlah untuk masa masa susah
kerana pada masa itulah kamu tumbuh


bersyukurlah!
bersyukurlah kerana keterbatasanmu
kerana itu memberimu kesempatan untuk berkembang
bersyukur untuk setiap halangan yang baru
kerana itu akan membangun kekuatan dan karaktermu
bersyukurlah untuk kesalahan yang kamu buat
itu akan mengajarkan pelajaran yang berharga
bersyukurlah apabila kamu lelah dan letih
kerana itu kamu telah membuat suatu perbezaan
mungkin mudah  untuk kita bersyukur akan hal-hal baik
hidup yang berkelimpahan datang pada mereka
yang juga bersyukur akan masa surut
rasa syukur dapat mengubah hal yang negatif menjadi positif
temukan cara bersyukur akan masalah-masalahmu
dan semua itu akan menjadi berkah bagimu



Wednesday, May 25, 2011

hambamu












Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah

Tuesday, May 24, 2011

ROTI CANAI







bahan2 untuk roti canai - tepung, minyak sapi, gula, susu pekat manis.


uli - guna mixer. nak uli tangan pun boleh.


keluarkan dan perap 4 jam bulatkan - timbang sama berat.


biarkan seketika - canai










masak, packing dan sejukbekukannya....




mudah je kan....makan dengan kari dhal





Tuesday, May 17, 2011

sedih, susah hati, khuatir.....



"Tidaklah ada kekhuatiran (hamm) atau kesedihan(huzn) yang menimpa seorang hamba, 
lalu dia mengucapkan, 
Ya ALLAH, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMU yang lelaki, dan anak hambaMU yang perempuan. Ubun-ubunku ada di tanganMU, hukumMU berlaku pada diriku, qadaMU adil pada diriku. 
Aku memohon kepadaMU dengan setiap nama yang menjadi milikMU, yang dengannya engkau menamakan diriMU atau Engkau menurunkannya di dalam kitabMU, atau Engkau mengajarkannya kepada seseorang di antara makhlukMU atau Engkau menahannya dalam ilmu ghaib di sisiMU. 
Jadikanlah ALQURAN hujan musim semi di hatiku, cahaya di dadaku, terangnya kesusahanku, hilangnya kekhuatiran dan kesusahanku, melainkan ALLAH menghilangkan kekhuatiran dan kesedihannya menggantikan tempatnya dengan kegembiraan". 
Mereka bertanya, 'Wahai RASULLULLAH, bagaimana pendapatmu jika kami mempelajarinya? Baginda menjawab, 'tentu, siapa yang mendengarnya hendaklah mempelajarinya'. 
(HADIS RIWAYAT AHMAD, IBNU HIBBAN, ABU YA'LA & HAKIM)



Sunday, May 15, 2011

nasi lemak enam puluh sen...


gerai nasi lemak - 7pagi hingga 12 tengahari





sederhana begini saja...sumber pendapatan sampingan





ini rupa nasi lemak enam puluh sen 
akhbar terpakai jugak lah jadi pembungkus nasi lemak 









sambalnya memang best. pelanggan yang cerewet...ada yang mahu sedikit (setitik jer)
ada yang mahu banyak..sedap katanya 
(penduduk Baling suka makanan pedas - saya juga suka)



sambalnya dari cili boh yang dibuat sendiri. 
resepi? 
hmm...mak saya punya...









2 jenis kuih bergoreng....karipap dan c.kacang 
4 biji = rm1
kuih lain pun ada...(semuanya 10 jenis)







dan...
yang ini
bukan untuk dijual......
ini selera saya - sesekali je








the magic of thinking big
sila klik SINI untuk review buku ini
pembacaan saya baru masuk bab 2:
'pulihkan diri kita daripada penyakit alasan'


bab ini.....bagi ku
dah seperti termakan sambal cili boh emak tu
bila....
ada satu cerita. kisah penyesalan...
emak: kakcik...nanti kamu kena pergi kursus
kak cik: hmm?
emak: mak tak boleh pergi. KEDA cuma ambil mereka yang berumur bawah 40an. kamu pergi, ya?
kak cik: susah la, mak..nanti jadinya tak faham apa satu pun..kan kak cik ni (....)
emak: cuba lah dulu...

senyap. emak dah merah muka...aku dah jadi anak derhaka, ni...
kak cik: misah ganti, bleh?
misah: okey...

alasan..alasan...alasan
saya tak larat...saya tak sihat...i've hearing problem...i can't hear very well
hmmmm....
ini lah...bila




Saturday, May 14, 2011

sup ayam kampung

menu keluarga pada hari Rabu 11 mei = sup ayam kampung
menu sampingan: ayam kampung + hati dan mempedal =goreng, sambal tomato.



sup ayam kampung





...masakan yang paling digemari ahli keluarga...bunjut supnya harus dibuat sendiri. bukan sup bunjut dari kedai, ya.., kan saya pernah kata...ahli keluarga saya memang cerewet dalam bab makanan ni..


ok..resepinya..

ayam kampung....sembelih lah dulu, ya...keluarkan segala isi organ dalamannya...celur ayam tu sekejap dalam air panas dan cabut bulunya..ini kerja orang lelaki.


potong bagi betul..bahagian isinya untuk digoreng dan bahagian yang banyak tulang dibuat sup.



stimkan + air, bahagian untuk sup..15minit saja




segala bagai rempah ratus untuk bunjut;

2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis
1 sudu besar kaskas (jangan lebih...ketagih nanti)


rendam 15 minit rempahnya...


pastu tumbuk..guna lesung batu..bungkusnya dengan kain putih dan ikat.

bawang merah, bawang putih - potong dan halia diketuk


masukkan bawang, halia dan bunjutnya kedalam periuk + air...juga sebatang kulit kayu manis dan 2 kuntum bunga lawang  - didihkan 10minit.


kemudian masukkan ayam yang dah distim tadi...


tambahkan air secukupnya, didihkan...masukkan garam kasar, ya..perasakan.
oh...saya lupa masukkan lada hitam...patutnya dimasukkan semasa menumbuk rempah. takpe..ambik 15biji lada hitam - tumbuk guna lesung batu, dan masukkan ke dalam periuk.


selepas mendidih...masukkan 1 batang sawi - dipotong dan didihkan sekejap.
tutup api...dan masukkan daun saderi dan daun bawang - dipotong kasar


tutup periuknya...angkat dan jauhkan dari haba dapur 
ini rupa supnya setelah siap...biarkan sayurnya terapung, jangan dikacau.. hidang segera (tak nak kecutkan sayurnya nanti)



sudah siap supnya..goreng isi ayamnya pula...nak harumkan ayam goreng tu..masukkan potongan bawang besar, bawang putih, halia dan cabai besar...organ dalamannya pun sedap dimakan goreng..



lambat lagi nak menghidangnya..kena buat satu lagi hidangan pelengkapnya...sambal tomato. abah dah ratah 2 ketul ayam goreng..lapar la tu atau dah tak sabar dengan bau harum ayam goreng tu..





wajib buat sambal tomato juga...tak best kalau tak ada benda ni..



nak resepinya juga?....3 biji tomato, sebiji bawang besar dan 3 biji cabai besar..belacan, garam, sedikit gula, air asam jawa.


tumbuk cabai besar tu dengan belacan dan garam kasar. masukkan tomato dan bawang tu (potong dulu)..teruskan menumbuknya. masukkan air asam jawa dan sedikit gula..dan masukkan juga potongan daun kesum. dah siap.

ini rupa daun kesum..nak bagi harum. 



dah boleh makan..huh, berseleranya mereka. aku...bahagia. 
erm...emak? kakcik lupa masukkan bunga cengkih....
laaa....serentak 5 suara. patutlah tak cukup wanginya...
heh he....peace...dah lama kita tak masak sup ayam kampung ni..pelupa jadinya.  

pasni...kakcik kena banyakkan mengaji...
ok..
aku teringin nak tafsir Quran yang best tu....



*makan malamnya....bihun sup. lagi best kalau masuk cendawan





Wednesday, May 11, 2011

kari ikan...



Suka makan kari? Mungkin ada yang takut sebab santannya....jangan takut makan santan



MARI bermain masak-masak - kari ikan. Tiada kepala ikan kegemaran emak, seperti kebiasaannya. Hanya ada dua potong kepingan isi ikan dan kacang bendi kegemaran abah. Hidangan tengahari untuk 5 isi rumah; mak, abah, Muhyi, adik Hafidz dan Nusrah. Jika kari kali ini terasa sedap, maknanya tiada lah hidangan ini untuk makan malam nanti. Biasanya tiada masa nak memasak untuk makan malam.bernasib baik jika ada lebihan lauk tengahari. Jika tiada…mee segera.






bendi, tomato dan lada benggala




Abah tidak suka rempah kari yang dibeli dari kedai. Bau kurang enak katanya. Kata emak; memang begitulah abahmu…zaman muda dulu pun, rempah gulai perlu digiling. Cerewet, kan? Zaman sekarang kan sudah ada mesin pengisar – blender. Jadi, kerja akan jadi lebih mudah. Tidak perlu menggiling lagi. Sesekali bila ingin berlagak rajin…gilingkannya.. positif – hilangnya lemak di lenganku, hah ha. Negatifnya? Letihlah.. Nak tahu kenapa serbuk rempah kilang tidak enak? Sebabnya, mereka dah tapis dan buangkan biji rempah yang tidak dapat dihancurkan sepenuhnya. sedangkan, biji rempah itulah yang sedapnya.

Okay…ingin berkongsi resepi rempah aslinya….


Bahan rempahnya

·         2 sudu besar biji rempah atau dipanggil ketumbar
·         1 sudu besar jintan manis
·         ½ sudu besar jintan putih
·         4 tangkai cili kering




ketumbar, jintan manis dan jintan putih


Awal-awal lagi, sudah letakkan cili keringnya ke dalam periuk. rebus dengan sedikit air.

·         2 biji Bawang merah dan 5 ulas bawang putih
·         1 sudu halba campur
·         1 tangkai daun kari (daun ni nak jadikan masakan berbau wangi)





…sementara merebus, kupas bawangnya. Separuh bawang itu blend dengan rempah yang direbus tadi. Jangan lupa satu sudu minyak masak sebab, mahu rempahnya lebih cepat hancur dengan cantiknya...kalau mahu digiling, rempah tu jangan direbus. Rendam sahaja, bimbang rasa rempahnya akan hilang separuh. Separuh lagi bawang tu, tumbuk dengan lesung batu, untuk ditumis dengan daun kari dan halba campurnya.

Garingkan tumisan itu…dan masukkan rempah yang dah diblend tu. Pecahkan minyaknya..




 sampai pecah minyak




… juga ada letakkan serbuk kunyit dan kepingan asam gelugur. halba campur untuk menumis bersama bawang.


ambil dua sudu besar rempah yang dah pecah minyaknya itu, lumurkannya pada ikan yang ingin dimakan goreng…gerenti sedap..sila cuba.





Hmm…masa sedang berlari-lari…adik Hafidz ku lihat sedang berlegar-legar di dapur. Sambil tangannya memegang perut. Adik sudah lapar la tu. Kecur perutnya terbau tumisanku, barangkali. Huh..adik! cari la menda-menda apa pun, isi perut tu. Adik memang sukakan gulai ikan. Adik hafidz, walau sebanyak manapun beliau makan, perutnya tidak pernah boroi. Ikut gen abah lah..kurus kering.  

…teruskan memasak…sudah pecah minyaknya, masukkan ikannya dan sedikit air. Tutupkan periuk, perlahankan api dan tunggu 5 minit.



  - tutup periuknya dan tunggu 5 minit, ya...


Sementara nak tunggu ikan itu masak,  cari kacang bendi...
Bendi perlu dikikis terlebih dahulu, kemudian dibasuh dan toskan. Potongnya saat hendak dimasukkan ke dalam kari tu. Jadi, kari takkan jadi  berlendir bendinya. Rasanya ini semua suri rumah tahu, kan? Ini petua orang-orang tua.  






blend kelapa parut dengan air…blend untuk dapatkan lebih pekat santannya.




Lima minit berlalu…masukkan santannya,  didihkan..baru masukkan bendi. 




Bendi perlu dipotong kepala dan ekornya. Biasanya di gerai-gerai makan, kenapa depa tak potong pun benda tu. 


didihkannya...baru masukkan garam.



Garam…..garam aper?  Garam kasar!!!! masakan lebih sedap jika gunakan garam kasar berbanding garam halus.




perasakan..siap untuk dihidangkan.





Monday, May 9, 2011

masalodeh

Bahan utamanya ialah kacang perapu......rendam dulu 






rebuslah rempahnya dulu...lebih mudah nak blend. nak jadikan lebih sedap, sila guna lesung batu..atau giling. Itu kalau rajin lah






blend jugalah kacang tu...






campurkan kesemuanya...kalau nak tau bahan2nya tu, kena tanya mak saya lah ye..ini mak saya punya resepi.




mak saya jugak lah yang buatnya...






penat, kan...buat semua ni. kesian mak...berpanas dan berpeluh buat semua ni.








dah siap masak separuh...





sejukkan dan saya yang packing nya...pack cam tu ja lah...






dah boleh masukkan ke peti sejuk beku.