Tuesday, May 31, 2011

samosa

KEBIASAANNYA, inti samosa gunakan daging atau isi ayam. kat SINI ada contoh resepinya. Saya gunakan ikan kayu tongkol.

YANG PALING RUMIT tentunya...dari proses menyiang ikan dan buang uratnya (guna playar ye nak cabut urat tu), merebus dan mengasingkan isi dari tulangnya hinggalah kepada memasak intinya yang mengambil masa berjam-jam sehingga menjadi serunding. isi ikannya perlu dihancurkan dengan lesung batu. kalau di blend, takkan cantik jadinya. ambil masa dua hari untuk siap sepenuhnya.






kelainannya....saya punya samosa ada rupa karipap. biasanya orang lain guna kulit popiah, saya guna doh tepung gandum. lebih praktikal. sebab saya tak reti tak pernah belajar gunakan kulit popiah yang dilipat segi tiga.

resepinya mak saya punya. tempat kedua dalam carta produk paling laris selepas karipap. sedap?....tentunya. haha..masuk bakul, angkat sendiri. mestilah sedapnya, kalau tak, tak akan lah adik bongsuku boleh habiskan 5 biji.

ayat skema adik aku...
Hafidz: kakcik...goreng samosa.
kakcik: nak berapa?
Hafidz: lima..(sambil tangannya mengisyaratkan angka 5)
kakcik: okey..(dalam hati...huh adik aku ni, kuatnya melantak. tapi body macam cicak kubing ja pun)..tapi tak pe, adik yang sorang ni rajin. suruh buat apapun, ikut jer.


adik bongsu - Mohd Hafidz




SENYUM....
gambar saya cuma sekeping ni je masa majlis kawin adikku (29 MEI)



3 comments:

nusrahisa said...

readmore terletak kat bawah button like, pulak...
camna la nak tukar ni

rintzpalil said...

Kak cik,
tak tau la nk ubah mcmna. kdg2 saya rsa blog akak lbh advance dr blog saya la. hahaha.

nusrahisa said...

huhuhu..
tapi saya punya entri entah apa2.
dah saya suka sangat godek sana sini..kerja buang masa