Wednesday, May 11, 2011

kari ikan...



Suka makan kari? Mungkin ada yang takut sebab santannya....jangan takut makan santan



MARI bermain masak-masak - kari ikan. Tiada kepala ikan kegemaran emak, seperti kebiasaannya. Hanya ada dua potong kepingan isi ikan dan kacang bendi kegemaran abah. Hidangan tengahari untuk 5 isi rumah; mak, abah, Muhyi, adik Hafidz dan Nusrah. Jika kari kali ini terasa sedap, maknanya tiada lah hidangan ini untuk makan malam nanti. Biasanya tiada masa nak memasak untuk makan malam.bernasib baik jika ada lebihan lauk tengahari. Jika tiada…mee segera.






bendi, tomato dan lada benggala




Abah tidak suka rempah kari yang dibeli dari kedai. Bau kurang enak katanya. Kata emak; memang begitulah abahmu…zaman muda dulu pun, rempah gulai perlu digiling. Cerewet, kan? Zaman sekarang kan sudah ada mesin pengisar – blender. Jadi, kerja akan jadi lebih mudah. Tidak perlu menggiling lagi. Sesekali bila ingin berlagak rajin…gilingkannya.. positif – hilangnya lemak di lenganku, hah ha. Negatifnya? Letihlah.. Nak tahu kenapa serbuk rempah kilang tidak enak? Sebabnya, mereka dah tapis dan buangkan biji rempah yang tidak dapat dihancurkan sepenuhnya. sedangkan, biji rempah itulah yang sedapnya.

Okay…ingin berkongsi resepi rempah aslinya….


Bahan rempahnya

·         2 sudu besar biji rempah atau dipanggil ketumbar
·         1 sudu besar jintan manis
·         ½ sudu besar jintan putih
·         4 tangkai cili kering




ketumbar, jintan manis dan jintan putih


Awal-awal lagi, sudah letakkan cili keringnya ke dalam periuk. rebus dengan sedikit air.

·         2 biji Bawang merah dan 5 ulas bawang putih
·         1 sudu halba campur
·         1 tangkai daun kari (daun ni nak jadikan masakan berbau wangi)





…sementara merebus, kupas bawangnya. Separuh bawang itu blend dengan rempah yang direbus tadi. Jangan lupa satu sudu minyak masak sebab, mahu rempahnya lebih cepat hancur dengan cantiknya...kalau mahu digiling, rempah tu jangan direbus. Rendam sahaja, bimbang rasa rempahnya akan hilang separuh. Separuh lagi bawang tu, tumbuk dengan lesung batu, untuk ditumis dengan daun kari dan halba campurnya.

Garingkan tumisan itu…dan masukkan rempah yang dah diblend tu. Pecahkan minyaknya..




 sampai pecah minyak




… juga ada letakkan serbuk kunyit dan kepingan asam gelugur. halba campur untuk menumis bersama bawang.


ambil dua sudu besar rempah yang dah pecah minyaknya itu, lumurkannya pada ikan yang ingin dimakan goreng…gerenti sedap..sila cuba.





Hmm…masa sedang berlari-lari…adik Hafidz ku lihat sedang berlegar-legar di dapur. Sambil tangannya memegang perut. Adik sudah lapar la tu. Kecur perutnya terbau tumisanku, barangkali. Huh..adik! cari la menda-menda apa pun, isi perut tu. Adik memang sukakan gulai ikan. Adik hafidz, walau sebanyak manapun beliau makan, perutnya tidak pernah boroi. Ikut gen abah lah..kurus kering.  

…teruskan memasak…sudah pecah minyaknya, masukkan ikannya dan sedikit air. Tutupkan periuk, perlahankan api dan tunggu 5 minit.



  - tutup periuknya dan tunggu 5 minit, ya...


Sementara nak tunggu ikan itu masak,  cari kacang bendi...
Bendi perlu dikikis terlebih dahulu, kemudian dibasuh dan toskan. Potongnya saat hendak dimasukkan ke dalam kari tu. Jadi, kari takkan jadi  berlendir bendinya. Rasanya ini semua suri rumah tahu, kan? Ini petua orang-orang tua.  






blend kelapa parut dengan air…blend untuk dapatkan lebih pekat santannya.




Lima minit berlalu…masukkan santannya,  didihkan..baru masukkan bendi. 




Bendi perlu dipotong kepala dan ekornya. Biasanya di gerai-gerai makan, kenapa depa tak potong pun benda tu. 


didihkannya...baru masukkan garam.



Garam…..garam aper?  Garam kasar!!!! masakan lebih sedap jika gunakan garam kasar berbanding garam halus.




perasakan..siap untuk dihidangkan.





4 comments:

Supermom said...

Saya suka makan kari dengan roti :)


Pam Modu dalam Peraduan Ibu Gembira Keluarga Bahagia

nusrahisa said...

saya juga..tq

rintzpalil said...

Kak cik,
saya tk prnh mkn kari yg digiling sendiri.serius. dpt ku bygkn dtg umh akak mkn kari giling. wow!

nusrahisa said...

sila, rin..hehe. kari biasa je lah.

kebanyakan orang guna susu cair gantikan santan.sedang Nabi Muhammad larang kita mencampurkan susu dan ikan.

supermom: bagus blog u.