Wednesday, August 31, 2011

PadaMu aku bersujud - Afgan





Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa
Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

 

Thursday, August 25, 2011

resepi baru

Sambal Goreng Jawa - kali pertama mencubanya. Resepi norazrinna punya kuali ajaib ni memang sedap lah.
tapi yang tak kenanya, suhun jadi hancur la..dah tak nampak rupa suhunnya pulak..



Monday, August 15, 2011

Tepung Bungkus Emak

Ini kuih yang laris di bulan Ramadhan. Rumit jugak nak buatnya. Tepung bungkus. dijual secara frozen pada harga 40sen setiap satunya...teringat zaman kanak-kanakku, emak akan buatnya dan suruh saya hantarkan ke kedai makan. Pada ketika itu, harganya cuma 20sen setiap satu. Emak akan suruh saya hantarkannya ke kantin di sekolah tempat saya belajar. Sekolah Kebangsaan Seri Ampang Muda, Sik. 
Lucu...dengan beg sekolah di bahu kanan dan raga kuih empat segi yang sekejap di tangan kiri dan sekejap di tangan kanan. Sehingga berbekas dua jalur merah di tapak tangan. Berebut menaiki bas dengan menjunjung raga kuih di atas kepala ketika pulang dari sekolah. Tiada rasa malu...dan cekal hidup sebegitu. Dan...yang sukar untuk dilupa saat aku terasa ingin menangis pabila si taukey kantin mula berkata "esok dah tak boleh hantar kuih kat sini lagi". sungguh..waktu itu, aku tak tahu sebabnya. 






Teringat aku pada sekitar tahun 1993-2003, emak dan abah berniaga di kantin sekolah. ketika aku di tingkatan 3 (1993), masa rehatku di situlah, bantu apa yg patut. penat..tapi rasa seronok pula main air masa cuci pinggan.
tapi sayangnya, tak banyak yg kupelajari. aku cuma sempat menolong hanya selama 3 tahun. ketika belajar di UUM, cuma pada masa cuti semester sajalah yang aku boleh menolong di situ.

ketika itulah, baru aku sedar dan faham kenapa si taukey kantin ketika aku bersekolah rendah dahulu tu tak benarkan hantar kuih itu lagi.

hmm..husnudzon je lah...

Thursday, August 11, 2011

aiskrim untuk penghuni rumah...

Aiskrim yang kubuat sebelum ini telah dihabiskan oleh anak2 kakak ku. hinggakan emak berleter. okpa tak taroh sama..
erm...buat sekali lagi bagi memenuhi permintaan mereka..penghuni rumah ini.
dan masih mengekalkan resepi derhaka tu, cuma kali ini kucampurkan susu cair bersama dengan susu rendah lemak. jadi, inilah dia...

belum beku lagi ni...


perisa ESP...tentunya saya yang punya


Smylo untuk emak...



kopi RADIX...untuk 3 orang adik



harapnya semua penghuni rumah berpuas hati, ok...(huh! ikhlas ke aku buat semua ni?)

jom...buat duit dengn aiskrim

Tuesday, August 9, 2011

aiskrim

Aiskrim buatan sendiri cubaan pertama. resepi asalnya dari sini --> norazrinna & kiosk
Oleh sebab saya dah derhakakan resepi asalnya, maka kurang menjadi lah ia. sukar mencari ovalette yang punya logo halal di sini...pulak tu saya dah tukarkan susu cair kepada susu rendah lemak. kurang berkrimlah rasanya. dan saya paksa anak2 saudara saya makannya. oh! mereka dah angkat ibujari. maklang..sedap! 


ini rupanya. tabur serbuk ESP dan gula manik warna warni. 



cara nak buatnya...
putar putih telur dan gula - hingga kembang

masukkan susu dan putar lagi

+ satu setengah sudu ESP - gaul sebati

masukkan ke bekas

bekukan

dah boleh makannya.....




Sunday, August 7, 2011

nuiza ent





Thursday, August 4, 2011

karipap lagi....

Kebiasaannya karipap dibuat pada malam hari. Tetapi seperti tahun-tahun lepas di bulan puasa, kerja-kerja harus dilakukan pada siang hari. Pada 3 Ramadhan, baru mula beroperasi semula selepas cuti 2 hari. Maka, bermulalah kerja-kerja sekitar jam 7pagi hingga 6petang.. 


penat...sudah tentunya. Nasib baik ada adik yang belajar kat UPSI tu sedang bercuti semester. Rajin pulak dia menolong tanpa perlu diarah itu ini.

masalah!
suhu tinggi di siang hari menyebabkan timbul beberapa masalah kecil. cuaca yang panas membuatkan kuih menjadi kering. tak cantiklah jadinya. selepas di masak pun jadi kurang menarik. setiap kalinya,mesti ada yang rosak. Kelmarin dah rosak sekitar 5% bernilai rm6. Nampak sedikit, kan. tapi seandainya setiap hari jadi begitu, nilainya adalah rm180 sebulan. Nilai itu dah boleh digunakan untuk membayar bil tenaga elektrik untuk sebulan. Kuih rosak memang tak dapat dielakkan. cuma perlu berusaha untuk mengurangkannya.

Tuesday, August 2, 2011

kelmarin. semalam. malam tadi. dua hari lepas

"...kat kelas Hj Azmi semalam'. 'semalam ada kelas?'...terkenang perbualan dengan seorang rakan ketika di UUM. disebabkan di situlah pertama kalinya aku dapat kenal dengan rakan2 dari negeri lain, perbezaan dialek sememangnya mengelirukan. pening kepala sendiri dan agaknya kawan2 pun pening dengan aku juga.


Perbezaan dialek adakalanya ada persamaan penggunaan perkataan tetapi membawa maksud yang berlainan. seperti perkataan . Semalam mengikut orang daerahku biasanya membawa makna hari semalam (malam tadi) iaitu sehari sebelum hari ini yang bermula pada jam 8malam hingga 12tengahmalam. dan kelmarin pula adalah bermula pada jam 7pagi hingga 8malam pada hari sebelum hari ini. sama juga dengan rakan2 yang berasal dari Kelantan. Manakala rakan2 yang berasal dari selatan semenanjung semalam merujuk kepada hari sebelum hari ini. dan kelmarin pula adalah hari sebelum semalam (dua hari lepas). Kelmarin  pula merujuk kepada kelmarin dulu bagi kami.
Pada mulanya, memang agak memeningkan. lebih-lebih lagi aku tidak punya ramai kawan-kawan rapat yang sedaerah. lama kelamaan, aku mula memahami penggunaan istilah-istilah tertentu yang merujuk kepada maksud yang berlainan. 
dan sehingga sekarang aku turut sama guna perkataan 'semalam' bila merujuk kepada maksud 'kelmarin' (hari sebelum hari ini). 


nak kenal dengan longhat daerah Baling? ini dia...

B.U.A.H

Musim buah hampir habis. manggis dan dokong dah habis. Yang masih ada rambutan gading yang berwarna kuning. Juga rambutan biji yang rasanya masam dan menjadi rezeki si tupai.

2 minggu sebelum puasa...

rambutan - nak buat jem dan jeruk

Proses buat jem

jeruk rambutan

durian dan rambutan yang disejukbeku - untuk adik2 dan abang diperantauan (raya nanti baru mereka pulang)

ini terung cewing...

aku suka masak sebegini..entah apa namanya