Friday, December 30, 2011

kualiti dan kuantiti

Antara kualiti dan kuantiti, mana yang lebih penting.  


Gambar di bawah menunjukkan sebahagian kerja-kerja seharianku di bengkel sejukbeku. Mesin itu ialah mesin pemotong sayur yang diperolehi secara pinjaman dari pihak KEDA. (lihat gambar lebih jelas bentuk mesin pemotong sayur di --> sini). Mesin yang sering kugunakan untuk mempercepatkan proses mendadu kentang, keledek, pisang dan bawang. 

Kerja menjadi lebih pantas. Kebiasannya kerja-kerja memotong mengambil masa hampir sejam dan dengan mesin ini hanya perlukan masa kira-kira 10 minit sahaja. dan hasil pengeluaran akan menjadi lebih banyak.

Biarpun hasilnya menjadi lebih banyak tetapi hasilnya kurang berkualiti. Hasil potongan menggunakan mesin pemotong itu kelihatan tidak begitu menarik berbanding jika dipotong dadu dengan pisau. 

Hasil inti kuih menjadi lembik dan ada yang menjadi berair.
keledek menjadi hancur dan bawang berair 
sehinggakan menyukarkan kerja-kerja lainnya.  

atau...
saya yang sebenarnya begitu cerewet 
dan sekarang saya kembali menggunakan pisau untuk semua kerja-kerja itu.
keledek didadu cantik 
dan
tidak perlu menangis lagi ketika mendadu bawang
biarpun kerja menjadi lambat, tetapi ada rasa kepuasan pula bila melihat hasil kerja yang kemas dan cantik.

bawang yang di dadu dengan mesin menjadi hancur berair.
dan mata saya pun turut samaberair 


yang sebenarnya...
mesin pemotong sayur itu rosak...terpaksalah gunakan pisau semula.
jari tangan dah melecet ni
ermm...


*nota:
sedang memikirkan cara untuk elakkan doh tepung gandum tidak mengeras ketika cuaca panas (tengahari). sehingga sekarang kerja-kerja pembuatan sebahagian kuih perlu dilakukan pada waktu malam. 

Wednesday, December 14, 2011

peluang dan persaingan

Projek perumahan taman yang jaraknya cuma 10 meter dari rumahku ini berjalan dengan agak perlahan. Masih belum siap walaupun sudah setahun kerja kerjanya bermula. sedang semak samun dah bertumbuh tinggi. dengan pekerjanya dari kalangan pekerja asing dari negara jiran. 

Entah bila mahu siapnya. Nampaknya bakal bertambah bilangan penduduk kampungku ini. 

****************
'dah lama mereka bekerja, lambatnya nak siap'
'hmm...'
'Emak...best kan nanti penduduk kampung akan bertambah. kalau dah ramai orang kat laluan kampung kita ni mesti ramai yang nak berniaga kat sini. gerai nasi lemak kita kena buka semula, ya?'

...dan emak tersengih cuma. heh he...dah ke mana fikiran aku ni. betul lah apa yang aku fikirkan itu, kan?

apa lagi? peluang bisnes lah...

aku tahu, emak dah tak larat nak buat semua tu...pening memikirkan bagaimana mahu memajukannya. 

gerai nasi lemak....bengkel sejuk beku....kedai runcit Abah.

dan persaingan. oh...jiran sebelah rumah dah mula bertukang, nak buka kedai runcit berhampiran dengan kawasan perumahan tu

persaingan bukannya satu masalah tetapi satu cabaran yang akan menaikkan semangat untuk terus berusaha.

Hmm...






*************************************************


Doa agar mendapat peluang perniagaan dan rezeki yang banyak.

اللَهُمَّ اجْعَلْنِي مِنْ أَعْظَمِ عِبَادِكَ نَصِيباً فِي كُلِّ خَيْرٍتَقْسِمُهُ فِي الغَدَاةِ مِنْ نُورٍتَهْدِي بِهِ، وَرَحْمَةٍ تَنْشُرُهَا، وَرِزْقٍ تَبْسُطُهُ،
 وَضُرٍّ تَكْشِفُهُ،  وَبَلاءٍتَرْفَـعُهُ، وَفِتْـنـَةٍ تَصْرِفُهَا، وَسُوءٍ تَدْفَـعُـهُ


Ya ALLAH, jadikanlah aku antara kalangan hambaMu yang mendapat bahagian (pencapaian) yang hebat pada nur yang Engkau kurniakan sebagai hidayah, dan rahmat yang Engkau kurniakan sebagai hidayah, dan rezeki yang Engkau sebarkan, dan mudarat yang Engkau selamatkan (daripada menimpa hamba-hambaMU), dan bala yang Engkau angkatkan (daripada menimpa hamba-hambaMU), dan fitnah yang Engkau jauhkan (daripada menimpa hamba-hambaMu), dan keburukan yang Engkau hindarkan (daripada menimpa hamba-hambaMU)

Saturday, December 3, 2011

Cucur Jawa

Namanya cucur jawa, tapi tak pasti pula sama ada ia berasal dari tanah jawa, negara jiran kita tu... Ada yang panggilnya sebagai cucuq tuang. apapun namanya, inilah antara kuih yang saya gemari. boleh je kunyah 2 biji untuk sarapan pagi, 2 biji di tengahari dan dua lagi pada minum petang. camnalah saya tak temban, kan? heh...tak boleh makan terlalu banyak, kan kuih ni...kerana ia mencampurkan dua jenis bijirin, beras dan gandum.

comel, kan? yang sebiji di sebelah kanan tu tak menjadi.
mungkin disebabkan tersalah adunan @ api tak cukup panas


resepi -
3 cawan tepung gandum (cap sauh)
2 cawan tepung beras
2 cawan gula pasir
2 cawan air (lebih kurang)

--> campurkan tepung gandum dan tepung beras serta gula. tuangkan air perlahan-lahan sambil mengadun. sukatan air adalah mengikut kepekatan yang sesuai. Sesetengah orang perap adunan tu semalaman. tapi goreng terus pun boleh menjadi macam gambar kat atas. sendukkan sedikit adunan tu dan masukkan dalam cawan dan tuang ke dalam minyak panas.

tips: suhu api perlu dipantau, tak boleh terlalu panas. guna kuali kecil jenis gelap dan tebal. guna minyak yang sedikit dan goreng sebiji demi sebiji.

Selamat mencuba