Friday, December 30, 2011

kualiti dan kuantiti

Antara kualiti dan kuantiti, mana yang lebih penting.  


Gambar di bawah menunjukkan sebahagian kerja-kerja seharianku di bengkel sejukbeku. Mesin itu ialah mesin pemotong sayur yang diperolehi secara pinjaman dari pihak KEDA. (lihat gambar lebih jelas bentuk mesin pemotong sayur di --> sini). Mesin yang sering kugunakan untuk mempercepatkan proses mendadu kentang, keledek, pisang dan bawang. 

Kerja menjadi lebih pantas. Kebiasannya kerja-kerja memotong mengambil masa hampir sejam dan dengan mesin ini hanya perlukan masa kira-kira 10 minit sahaja. dan hasil pengeluaran akan menjadi lebih banyak.

Biarpun hasilnya menjadi lebih banyak tetapi hasilnya kurang berkualiti. Hasil potongan menggunakan mesin pemotong itu kelihatan tidak begitu menarik berbanding jika dipotong dadu dengan pisau. 

Hasil inti kuih menjadi lembik dan ada yang menjadi berair.
keledek menjadi hancur dan bawang berair 
sehinggakan menyukarkan kerja-kerja lainnya.  

atau...
saya yang sebenarnya begitu cerewet 
dan sekarang saya kembali menggunakan pisau untuk semua kerja-kerja itu.
keledek didadu cantik 
dan
tidak perlu menangis lagi ketika mendadu bawang
biarpun kerja menjadi lambat, tetapi ada rasa kepuasan pula bila melihat hasil kerja yang kemas dan cantik.

bawang yang di dadu dengan mesin menjadi hancur berair.
dan mata saya pun turut samaberair 


yang sebenarnya...
mesin pemotong sayur itu rosak...terpaksalah gunakan pisau semula.
jari tangan dah melecet ni
ermm...


*nota:
sedang memikirkan cara untuk elakkan doh tepung gandum tidak mengeras ketika cuaca panas (tengahari). sehingga sekarang kerja-kerja pembuatan sebahagian kuih perlu dilakukan pada waktu malam. 

2 comments:

rintzpalil said...

Mayabe, boleh tutup doh guna kain lembab utk elak dari doh mengeras.

nusrahisa said...

iyaa...tutup dengan tuala lembap salah satu cara cuma agak melecehkan kalau buat banyak2.
lebih selesa buat kerja di malam hari. sejuk & dingin...