Aku yang mempunyai kemahuan
sesuatu yang tiada itu
kelihatannya lebih memuaskan
dari yang ada
yang sentiasa tiada itu kudambakan
lebih dari yang ada
mentafsirkan kemahuan sebagai keperluan
sekadar mahukan kepuasan
syukur...
2 comments:
saya selalu mencari 'bagaimana mau bersyukur'
syukur dengan lisan...say 'Alhamdulillah'
syukur dengan perbuatan...hargai nikmat & tidak membazir
syukur dengan hati...merasai nikmat dengan senang hati dan jujur.
tetapi kadangkala diri sendiri ini juga sering alpa. walau sering diingatkan jangan mengeluh dengan rezeki yang sedia ada. mengeluh kerana menganggap ianya sedikit, sedangkan nikmat hidup ini sendiri tidak ternilai harganya. tersedar seketika 'apa sebenarnya yang kucari?'...
dan
mau 'rasa' syukur itu sebenarnya bagaimana?
Post a Comment