Wednesday, July 6, 2011

oh pizzaku..

masak-masak untuk buka puasa kelmarin. dan saya terbayangkan pizza.tapi cuma ada isi ayam dan tomato.hmm...kira okeylah tu. tapi sedikit hangus. mungkin sebab oven tu. ASPEN. memang kerap kali menjadi hangus disebabkan tersilap setting suhunya.




hangus....
sebelum dan selepas dibakar
dapatlah buat 2 keping dengan 300gm tepung. kat rumah cuma ada tepung gandum. guna yang itu pun okeylah. mana ada masa nak gi cari tepung roti. 
tercari-cari resepi dohnya. jelajah blog mat gebu lagilah. kat situ kan macam2 ada.
300gm tepung gandum
6gm yis kering
20gm mentega
10gm gula
1/4 sudu teh garam
170ml air
campurkan kesemua tu dan ulinya. perap 45minit




intinya: tumiskan bawang besar (dadu), masukkan isi ayam dan tomato yang dikupas kulit. masukkan sedikit air. masak sampai isi ayam empuk. gula dan garam secukup rasa.
doh dibahagi 2. canai dan letakkan dalam dulang pembakar. sapu sosnya (saya guna sos cili radix). ratakan intinya. nak sedap taburkan keju. pizza saya tak ada keju. daerah saya sukar nak mencari keju. bakar 30minit 150 darjah celcius.


***************nak masak pizza atau panggang ayam guna oven tu lah. tapi kalau nak buat kek coklat atau muffin atau biskut, saya guna oven besar ni...




No comments: