<Timbangkanlah dan mantapkanlah>
'Syu'ib berkata, hai kaumku, cukupkanlah takaran dan timbangan dengan adil. Janganlah kamu merugikan manusia akan hak-hak mereka dan janganlah kamu melakukan kejahatn di muka bumi ini dengan membuat kerosakan' - Surah Hud ayat 85
'Sempurnakanlah takaran apabila kamu menakar dan timbanglah dengan neraca yang benar. Itulah yang lebih utama bagimu dan lebih baik akibatnya' - surah al Israk ayat 35
-opppsss...kenapa barang timbangan tu bercampur pula..kan harga masing-masingnya tidak sama.
+penimbang ni ada fungsi <0> TARE
Tuesday, January 31, 2012
Friday, January 27, 2012
Ketrampilan dan Penampilan
Good Look - Good Things, Good Things - Good Price, Good Price - Good Business
Ketrampilan dan penampilan - pembungkusan dan perlabelan yang menarik bukan sahaja akan menarik perhatian dan meransang pelanggan untuk membeli, malah pastinya akan membantu mempertahan kesetiaan pelanggan terhadap produk dan juga jenama.
tapi....
Don't judge a book by its cover - kata ini perlu juga diambil kira..kualiti rasa produk turut penting, ada rupa tak ada rasa tidak bagus juga.
Yang ini salah satu dari produk sendiri. Guna label fotokopi sahaja.
Belotok ni yang dijual di minimarket pekan berhampiran. dengan label berpelekat yang agak menarik. Biasanya label sebegini dibuat dengan kerjasama MOA, lengkap dengan maklumat pemakanan, logo halal dan logo buatan Malaysia.
Produk keluaran Nani's yang sememangnya menarik dengan cetakan pada bungkusan. dan rasanya jugak memang sedap. Yang sebeginilah sesuai untuk di eksport.
nota nusrah;
-things to do list semakin bertambah panjang.....
![]() |
Banner yang diperolehi dari KEDA.
Lama benar ia tergantung di tepi pintu masuk kedai.
Setia di situ semenjak tahun 2010
lagi. Bila agaknya banner ni boleh diturunkan...
|
Wednesday, January 4, 2012
syukur
Aku yang mempunyai kemahuan
sesuatu yang tiada itu
kelihatannya lebih memuaskan
dari yang ada
yang sentiasa tiada itu kudambakan
lebih dari yang ada
mentafsirkan kemahuan sebagai keperluan
sekadar mahukan kepuasan
syukur...
Subscribe to:
Posts (Atom)