'maklang, nak pinjam buku kisah 2x Nabi dalam Al-Quran'
yang mana satu?
ini...
Diq Da umur berapa?. jarinya mengisyaratkan angka 8. hmm...Umie Wahiedatul Husna binti Badrol. anak kakak yang baru di tahun 2. dah ada tanda-tanda nak jadi ulat buku. buku yang mahu dipinjamnya itu adalah buku berkulit keras yang setebal 1035 mukasurat kepunyaan adik lelakiku.
'mak lang belum habis bacanya lagi. nanti diq da mintak kat pakcik Muhyi, ya?'
erm..dia dah mengeluh. aku tahu, wahieda sememangnya agak takut dengan pakciknya - ada kes yang buat dia fobia...
Diq Da minat buku ni, ya? dia angguk. nanti maklang cari buku lain yang hampir serupa dengan buku ni. tapi yang nipis sikit. InsyaAllah...
ya...InsyaAllah ini bagaikan satu janji. hmm...aku nak cari kat mana nantinya?
cari je lah kat mana-mana - Telaga Biru @ PTS @ Galeri Ilmu atau kat mana -mana lagi.
tapi semestinya buku tentang kisah Nabi-Nabi, buku yang berkulit keras. Isi kandungannya mesti ada ayat-ayat alQuran beserta terjemahannya.
seperti ini;
![]() |
wahieda |
![]() |
me & Wahieda |