Friday, April 8, 2011

the making of....curry-puff

Abu mengaripap ibunya di dapur ...
huhu...entah lawak siapakah ini?
..sila tanya pakcik gugel...

okey...
hari-hari saya buat karipap..nak demo









resepi karipap kat google ada banyak, kan...kena la rajin2 cari sendiri.. yang paling laris kat NUIZA ENT..penat tapi berbaloi. Alhamdulillah, bersyukur dengan rezeki dari ALLAH, dengan usaha dan semangat yang ada. 




-bawang, serbuk kari adabi,daun kari. (oppss..ada ramuan rahsia la..tu yang tutup dengan tangan tu...jangan risau...itu benda yang halal). rempah boleh dibuat sendiri..blend sajalah ketumbar, jintan manis, jintan putih, lada hitam, cili kering, kulit kayu manis dan bunga lawang (rebus dahulu).

-proses nak mendadu ubi keledek sedikit melecehkan...mesin yang kadangkalanya asyik tersangkut...mata pisaunya tajam, tu...penyelesaiannya...i ketuk dengan hammer...









-jangan merungutlah, Nusrah...nak mesin cuma ambik masa lebih kurang 5 minit je..kalau dulu guna pisau, kan....ambik masa hampir satu jam..
-ini pisau kegemaran saya...best tak?


-bila dah siap intinya...bersedia untuk mulakan proses bikinnya.....



-penat juga la, proses nak nipiskan dohnya..bunyi enjin mesin ni memang bising..terdengar sampai ka rumah jiran. hmm...jiran sebelah rumah kawan baik mak. memang makcik tu dan menantu perempuannya jenis peramah dan penyabar.












-masih belum cantik lagi....so, kena kelim dulu


-dah kelim...nampak cantik, kan...



............gorengkan, separuh masak..sekejap saja



-packing pun macam ni saja...kena usaha lebih lagi, untuk pembungkusan yang lebih menarik seperti yang ada kat pasaran.




-letak lah kat dalam peti sejuk beku...adakalanya, masih belum beku pun, dah ada pelanggan yang belinya. apa hukum jualan yang sebegitu, ya...



masa yang diambil untuk buat semua ni....
jam 3pm - ayak tepung...gemburkan dengan marjerin dan minyak panas.
jam 4-5pm - kupas ubi dan dadu
jam 6-7pm - masa yang diambil untuk memasak intinya
#buat sorang - sebab tu jadi lambat

jam 8-12tghmalam - proses buat - ( yang ni 4 orang buatnya)
-----break untuk solat isya' 15minit....ABC tak ada rehat,ya..

#yang ni pun saya buat sorang jugak (saya memang lembam)
jam 7am esoknya - gorengkan separuh masak....sejukkan 30minit, mula packing
jam 10am - dah masukkan dalam peti sejuk beku..untuk beku sempurna ambil masa sehari semalam.



**********************************************************************************

kerja adalah ibadah
mencari rezeki adalah tuntutan
jangan sesekali merungut dengan rintangan dan dugaan yang dihadapi...
ya ALLAH....permudahkanlah segala urusanku..

aku cuba menjadi kuat dan tabah.
kiranya ini adalah dugaan dari Ilahi...menguatkan diriku untuk yakinkan diri untuk mendaki ujian ini.

2 comments:

cik dah said...

kak cik...good job........smga beroleh keberkatan dlm mencari rezeki ^_^

nusrahisa said...

tq..c.dah